Ini blog aku, hak aku oke!

Kau nak kutuk blog aku? Silap besar lah kan! Ini blog aku, dan hak aku. Kau tak suka, boleh belar okay. Aku tak jemput kau pon. So, sila lah berambus. Yang mana suka, follow lah yea! Okay, enjoy urself. Chill bebeyh :)



Tuesday, April 20, 2010

rasa ini tidak akan penah mati

Entah kenapa , rasa yang selama ini aku cuba padamkan , ia kembali menerjah ke dalam hidupku . Aku baru ingin mencuba untuk hidup bersendirian . Aku ingin belajar untuk melupakannya . Dan aku hampir pulih daripada segala kesakitan itu , dan aku cuba bangkit daripada segala kekalutan itu . Aku suarakan rasa hati aku bahawa aku tidak lagi mempunyai sebarang rasa terhadapnya . Aku mengaku kepada rakan disekelilingku bahawa aku tidak lagi mencintainya . Dan apa yang aku dapat ? Aku hampir mengecapi bahagia yang aku wujudkan sendiri tanpa insan bergelar kekasih di sampingku . Tetapi realitinya , tidak dapat aku nafikan lagi . Hari-hari yang aku lalui terasa kosong ! Aku mungkin berpura-pura bahagia ! Aku mungkin berpura-pura gembira ! Rasa ini pada waktu dan ketika ini benar-benar mencengkam jiwa . Puas aku cuba untuk menipu diri bahawa aku sudah tidak punya rasa sayang mahupun cinta terhadap dirinya . Tetapi hakikat dan realiti yang pasti dan nyata aku masih menyanyangi dan mencintainya ! Adakah aku buta kerana masih mencintainya ? Dia kini telah menjadi milik orang . Hari-hari yang dilaluinya bahagia tanpa aku disisi . Tetapi aku ? Tiada siapa yang mampu mengerti rasa di hati ini . Dari jauh ku berdoa agar kau dilimpahi kebahagiaan selamanya .

coretan ikhlas dari hati chi :)

No comments:

Post a Comment